Diskusi
Pada Isnin, 10 Ogos 2009 kami Krew Seri Saujana telah berkumpul untuk membincangkan dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan. Ketua kami, Syafiq menetapkan tempat dan masanya. Berkobar-kobarlah semangat kami kerana khabarnya kami merupakan generasi pertama di sekolah kami yang menceburkan diri dalam pertandingan seperti ini. Terharu la juga perasaan dalam hati ini.. :)

segala macam idea yang berlegar-legar di kepalanya sekarang *

Dalam waktu yang sama, kami telah mencari begitu banyak maklumat yang berkaitan dengan program kami ini. Antaranya daripada internet, perpustakaan dan lain-lain rujukan. Kami akan pastikan bahawa segala usaha dan tungkus lumus kami ini akan membuahkan hasilnya. Apa yang penting, kerjasama!

Keesokan harinya, kami sama-sama bersetuju untuk berkumpul sekali lagi untuk melakukan sedikit persediaan aktiviti kami. Masing-masing mainkan peranan dan langkah kanan kami pada hari itu kerana beberapa orang rakan sekelas kami sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya. Terima kasih banyak-banyak kepada Hidayu, Hidayah, Afiqah, Amiraa dan Hafizul. Inilah yang dinamakan kawan,..sudi membantu dan saling memahami. Kredit untuk anda semua!
Seri Saujana.
0 Komen:
Catat Ulasan