Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Sabtu, 15 Ogos 2009

Perasmian Program Kempen Kesedaran Kepupusan Orang Utan

Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran
Kepupusan Orang Utan
2009
Peringkat Sekolah
SMK Seri Medan

"Give Them Hope"

Selasa, 11 Ogos 2009

Dirasmikan oleh:
En. Hassan bin Asit
Pengetua SMK Seri Medan
Batu Pahat.


* Para hadirin yang dihormati.. *








* Teruja, terharu..atau terkedu?? *


* Para Penyokong..! Sain disitu sebagai simbol anda membantah pembasmian hutan *



* Setelah semuanya selesai..kami sempat merakam kenangan terindah.
Krew Seri Saujana berbangga dengan sokongan anda semua! *

* Sayangi Orang Utan! *

Kemeriahan mengadakan program ini kian terasa apabila Krew Seri Saujana berjaya mendapatkan kerjasama yang mantap daripada rakan-rakan seperjuangan. Sungguh tak percaya selepas semuanya selesai dan majlis ini berjalan dengan lancarnya! Terima kasih kepada semua.. Semoga usaha dan sokongan yang diberikan dapat mencapai objektif kami untuk menyelamatkan orang utan.

* Kami sayang Orang Utan..teruskan menyokong kami! *


Seri Saujana.

Beri Perlindungan Kepada Orang Utan

Let's Conserve "We do no inherit the Earth from our parents. We borrow it from our children."

Friday, March 20, 2009
oleh Gowri Sritharan



* Kami perlu dilindungi! *


Sedih dan pilu setiap kali terbaca atau terlihat di media cetak mahupun media elektronik hal yang berkaitan tentang kepupusan Orang Utan. Malah kadangkala timbul persoalan, mengapakah haiwan yang tidak bersalah itu dihukum sebegitu?

Pada zaman ini, kehidupan orang utan terjejas akibat daripada perbuatan manusia yang semakin hari semakin ghairah mengejar pembangunan. Keghairahan itu telah menyebabkan manusia selewang-lewangnya menebang hutan belantara sehingga memusnahkan tempat perlindungan haiwan tersebut.

Sedih rasanya apabila memikirkan manusia daripada seluruh pelosok dunia datang ke negara ini untuk memberikan pembelaan kepada haiwan tersebut, namun kita rakyat Malaysia masih lagi tidak menghiraukan spesies yang semakin pupus itu. Kita masih lagi berfikiran kolot dan beranggapan bahawa haiwan tersebut tidak perlu dipelihara.

Apa yang lebih mengejutkan adalah hasil penyelidikan Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia baru-baru ini. Kajian tersebut melaporkan bahawa jumlah Orang Utan di Sabah dan Sarawak sekarang hanya tinggal separuh dari jumlah yang ditemui kira-kira 30 tahun lalu.

Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam dan Sumber Semuajadi (IIUCN) juga telah menyenaraikan Pongo pygmaeus dari spesies Sumatera dan Borneo sebagai spesies yang paling terancam. Apa lagi yang bakal tinggal untuk disaksikan oleh anak cucu kita pada masa akan datang?

Disebabkan keghairahan dan kekejaman manusia, habis semua keajaiban dunia musnah. Apa yang tinggal hanya kesan-kesan kemusnahan yang dapat dilihat. Dalam mengejar pembangunan yang tanpa batasan, tidak dapat dinafikan bahawa masih lagi terdapat segelintir pihak yang bertanggungjawab dalam memelihara haiwan mamalia ini.

Contohnya di Sabah, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan haiwan yang semakin pupus spesisnya terus dipelihara dan diberi pembelaan. Inisiatif yang diambil oleh Jabatan Hidupan Liar negeri Sabah dengan menubuhkan Pusat Pemuliharaan Sepilok amat membanggakan. Pusat ini merupakan pusat pertama dan terbesar di dunia dengan objektif untuk memulih dan menyelamatkan Orang Utan. Lokasi ini terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok dan kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan buah-buahan yang merupakan sumber makanan orang utan. Usaha murni ini diharapkan dapat dilaksanakan secara berterusan supaya ianya dapat memastikan spesies ini dapat dipelihara dari terus diancam.

Pada masa yang sama saya juga berharap pelbagai kajian dan penyelidikan akan terus dijalankan bagi membiak baka Orang Utan di Malaysia. Jika kita masih mahu melihat orang utan di tanah air sendiri, maka kita perlulah mengubah sikap dan mentaliti cetek yang langsung tidak mengambil peduli tentang Orang Utan.


Seri Saujana.

Pengumuman..

Krew Seri Saujana telah membuat pengumuman secara rasmi pada Selasa, 11 Ogos 2009 di perhimpunan SMK Seri Medan tentang New Hope for Orang Utan School Program dan sasaran kami ialah semua pelajar dan guru di SMK Seri Medan. Berikut antara teks ucapan kami;

"..Bersempena New Hope for Orang Utan School Program anjuran TV9, World Wild Foundation WWF dan BOH Plantation, kami pelajar 5 Cekap telah mengambil inisiatif untuk menyertai program kesedaran ini. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang usaha-usaha pemuliharaan orang utan di negara ini khususnya dan di seluruh dunia amnya. Pelbagai aktiviti telah kami rancang dan akan kami laksanakan. Oleh itu, kami berharap semua pelajar menyertai dan memberi kerjasama di dalam semua aktiviti yang berkaitan..."



Seri Saujana.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Orang Utan semakin terancam


*Krew Seri Saujana telah mengumpulkan pelbagai maklumat tentang orang utan yang dikemaskini di internet. Oleh itu, kami akan mendokumentasikannya bertujuan memberi kesedaran tentang kemandirian orang utan di muka bumi ini kepada para pembaca blog yang melayari laman blog ini.*


Berita Harian, 28 Ogos 2003
Oleh Thaddius Unnip

Sandakan sentiasa menjadi tarikan pelancong luar negara.PEMBUNUHAN kejam tiga Orang Utan di Taman Rimba Shangri-la Rasa Ria Resort (Rasa Ria), Tuaran, baru-baru ini mencetuskan kemarahan orang ramai serta kebimbangan mengenai ancaman kepupusan terhadap haiwan itu.Malahan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta alam khuatir insiden itu menjadi petanda negatif terhadap masa depan Orang Utan di Kepulauan Borneo, khususnya di Sabah.

Sedang usaha memulihara primat itu giat dijalankan di Pusat Perlindungan Orang Utan di Sepilok, Sandakan, ada pula pihak tidak berperikemanusiaan tergamak melakukan pembunuhan kejam terhadap Orang Utan. Haiwan itu memang sudah sinonim bagi sektor pelancongan Sabah, malahan menjadi maskot beberapa prodok dan acara berkaitan pelancongan.

Pada kejadian 18 Ogos lalu di Taman Rimba Rasa Ria, pekerjanya terkejut apabila menemui tiga Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong di situ, mati dipercayai ditikam dengan benda tajam. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tiga Orang Utan itu ditemui mati tidak jauh dari pusat berkenaan oleh pekerja resort yang mencarinya setelah mengesyaki sesuatu berlaku apabila ketiga-tiganya tidak muncul ketika diberi makan pada waktu pagi.

Sumber itu berkata terdapat beberapa kesan tikaman benda tajam pada badan haiwan itu dan ia dipercayai menjadi punca kematiannya. Dua lagi Orang Utan yang ada di situ turut mengalami kecederaan akibat tikaman.Berikutan kematian yang mencurigakan itu, ketiga-tiga Orang Utan itu dihantar ke Pusat Perlindungan Orang Utan di Sepilok, untuk dibedah siasat.

Sebelum ini, terdapat enam Orang Utan dipelihara di Taman Rimba semulajadi seluas kira-kira 25 hektar itu dan menjadi antara tarikan pelancong. Kejadian itu menunjukkan tahap kesedaran orang ramai mengenai penjagaan haiwan berkenaan masih rendah walaupun pihak berkuasa menetapkan penganiayaan terhadap Orang Utan adalah salah kerana ia dilindungi mengikut Enakmen Perlindungan Jabatan Hidupan Liar Sabah 1997.

Bagaimanapun, usaha menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan memelihara Orang Utan tetap ditingkatkan termasuk mengadakan bengkel membincangkan kedudukan Orang Utan di Sabah. Ketika ini, usaha mencari pembunuh Orang Utan di Taman Rimba itu terus diperhebatkan termasuk tawaran ganjaran wang tunai sebanyak RM50,000 oleh Rasa Ria serta tambahan RM10,000 lagi oleh Royal London Circus.

Selain kekejaman terhadap haiwan berkenaan, masalah lain, khususnya kehilangan habitat akibat penerokaan hutan semulajadi dan pemburuan haram juga dikenal pasti antara ancaman menyebabkan kepupusan Orang Utan di Sabah. Semua masalah itu timbul ekoran tindakan manusia yang kurang menyedari kesan perbuatan mereka terhadap kesinambungan hidup haiwan berkenaan yang dikenal pasti berjumlah antara 25,000 hingga 30,000 di Borneo dan 6,000 di Sumatera, satu-satunya kawasan ia boleh ditemui di dunia.

Di Sabah, dilaporkan jumlah haiwan berkenaan hanya tinggal antara 10,000 hingga 15,000 dan kebanyakanya ditemui di kawasan pantai timur dan sebahagian kecil juga ada ditemui di Taman Kinabalu dan Banjaran Crocker.Bagaimanapun, kehidupan haiwan itu yang dijadikan maskot pelancongan bagi negeri Sabah terancam kerana sebahagian besar kawasan berkenaan diteroka untuk perladangan atau disimpan untuk kegiatan pembalakan.

Dianggarkan kira-kira 70 peratus populasi Orang Utan di Sabah pada masa ini menghuni kawasan Hutan Simpan Komersial yang dieksploitasi untuk tujuan pembalakan. Malah, berdasarkan kajian yang dijalankan Projek Pemeliharaan Orang Utan Kinabatangan (KOCP) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), didapati lebih 6,000 Orang Utan dikenal pasti mendiami kawasan hutan simpan milik Yayasan Sabah.

Kesannya, Orang Utan semakin kehilangan habitat kerana haiwan berkenaan sangat sensitif terhadap gangguan habitat yang berpunca daripada kegiatan manusia. Sehubungan itu, pihak berkuasa menetapkan perlindungan dan pengekalan kawasan semulajadi tanah rendah yang menjadi habitat utamanya ditingkatkan untuk kesinambungan hidup spesies primat berkenaan dalam jangka masa panjang.

Langkah itu perlu kerana haiwan berkenaan tidak boleh tinggal di kawasan ladang dan dalam masa sama hanya sedikit saja yang mampu mengekalkan habitat di kawasan tanah tinggi.Dalam usaha mengukuhkan usaha pemeliharaan Orang Utan di negeri ini, tiga kawasan perlindungan dikenal pasti di pantai timur Sabah iaitu Tabin, Kulamba dan Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan yang dianggarkan mempunyai kira-kira 3,000 Orang Utan.

Kewujudan Orang Utan di negeri ini juga dikenal pasti banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan melalui eksploitasi aktiviti penyelidikan membabitkan haiwan berkenaan.Ini berikutan kecenderungan pelancong di seluruh dunia yang semakin tertarik kepada `destinasi semulajadi' untuk melihat secara dekat spesies haiwan seperti Orang Utan di habitat asalnya.

Umpamanya, pada masa ini, Pusat Perlindungan Orang Utan di Sepilok, Sandakan adalah antara destinasi semulajadi yang menjadi tumpuan pelancong bagi mengenali secara dekat Orang Utan, khususnya yang terdapat di Sabah.Malah, kajian SWD dan Agensi Pembangunan Antarabangsa Denmark (DANIDA), mendapati sektor pelancongan dijangka dapat mengambil alih sektor perhutanan dari segi sumbangan ekonomi terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah.Sehubungan itu, pembabitan semua pihak bagi melindungi Orang Utan di negeri ini amat penting, bukan setakat mengelak ia pupus, malah untuk menjadikannya aset pelancongan yang amat berharga.


Seri Saujana.

SMK Seri Medan



* Lencana SMK Seri Medan *


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan merupakan sebuah sekolah bertaraf luar bandar yang terletak 16 kilometer dari pusat bandar Batu Pahat, Johor. Majoriti pelajar di sekolah ini adalah berbangsa Melayu, dan kami Krew Seri Saujana merupakan sebilangan daripada mereka.
( selingan... :)


Seri Saujana.

Diskusi

Pada Isnin, 10 Ogos 2009 kami Krew Seri Saujana telah berkumpul untuk membincangkan dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan. Ketua kami, Syafiq menetapkan tempat dan masanya. Berkobar-kobarlah semangat kami kerana khabarnya kami merupakan generasi pertama di sekolah kami yang menceburkan diri dalam pertandingan seperti ini. Terharu la juga perasaan dalam hati ini.. :)


* wah, bersemangat Syafiq menyenaraikan
segala macam idea yang berlegar-legar di kepalanya sekarang *


* Perbincangan yang tak sudah.. *


Pelbagai idea dan pendapat telah dilontarkan oleh kami untuk menjayakan New Hope for Orang Utan School Program. Dalam diskusi kami ini, sudah tentu segala idea yang bernas akan diusahakan untuk kami melaksanakannya, tidak kurang juga idea yang luar dari jangkaan dan timbulnya percanggahan pendapat. Walaubagaimanapun, pembentangan idea-idea oleh semua ahli dalam pasukan kami ini berjalan dengan lancarnya. Terima kasih kepada pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Medan kerana memberi izin kepada kami untuk menggunakan Perpustakaan Pendidikan Islam. Terima kasih Ustaz dan Ustazah..

Dalam waktu yang sama, kami telah mencari begitu banyak maklumat yang berkaitan dengan program kami ini. Antaranya daripada internet, p
erpustakaan dan lain-lain rujukan. Kami akan pastikan bahawa segala usaha dan tungkus lumus kami ini akan membuahkan hasilnya. Apa yang penting, kerjasama!


* Syafiq dan Fikhri mencari maklumat daripada internet *

Keesokan harinya, kami sama-sama bersetuju untuk berkumpul sekali lagi untuk melakukan sedikit persediaan aktiviti kami. Masing-masing mainkan peranan dan langkah kanan kami pada hari itu kerana beberapa orang rakan sekelas kami sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya. Terima kasih banyak-banyak kepada Hidayu, Hidayah, Afiqah, Amiraa dan Hafizul. Inilah yang dinamakan kawan,..sudi membantu dan saling memahami. Kredit untuk anda semua!

* Terima kasih, kawan-kawan! *




Seri Saujana.

Punca Kepupusan

Punca kepupusan orang utan ialah :
1.Ladang-ladang kelapa sawit
2.Pembalakan
3.Perburuan haram
4.Perdagangan binatang kesayangan.


23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth mendedahkan :

1. Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
2. Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
3. Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
4. Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.
5. Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.
6. Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.
7. Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.



* Aktiviti pembalakan yang memusnahkan habitat orang utan *






Seri Saujana.

Khamis, 13 Ogos 2009

Hubungi Kami


Sekiranya anda ingin menyampaikan sebarang pertanyaan/pendapat/cadangan/komentar secara terus kepada kami, silalah hantarkan emel anda kepada alamat yang berikut;


serisaujana09@gmail.com


Seri Saujana.

Langkah Pertama..

Saudara Syafiq memulakan langkah pertamanya dengan mengumpulkan semua krew Seri Saujana pada satu masa yang telah ditetapkan. Ala-ala mesyuarat kecil-kecilan la ni. Perbincangan ini diadakan sepanjang waktu rehat kami dalam waktu persekolahan pada 06 Ogos 2009 iaitu hari Khamis. Kelancaran perbincangan kami ini dipantau oleh guru pembimbing kami iaitu Pn. Muniza bt Mahbob selaku guru subjek Biologi di kelas kami iaitu kelas 5 Cekap.



* Pn. Muniza bt Mahbob *


Pelbagai cadangan dan idea telah diluahkan oleh krew Seri Saujana, dan semuanya dibincangkan dalam suasana yang tenang. Program yang bermanfaat tentu mendapat sokongan yang mantap. Keghairahan kami untuk melakukan yang terbaik telah mendapat sokongan padu daripada Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik SMK Seri Medan, Pn Rohana bt Hasan Basri. Alangkah seronoknya apabila segala rancangan kami sudah nampak kemajuannya..dengan izin Allah..



* Pn. Rohana bt Hasan Basri *


Pada permulaannya, segalanya bagaikan suatu beban pada kami.. Tetapi kami berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul dengan mewujudkan semangat kerjasama dalam pasukan Seri Saujana. Bukan itu sahaja, kami juga merancang segalanya dengan ketelitian agar program kami ini berjalan dengan sempurnanya..


Seri Saujana

Pengelasan Saintifik Orang Utan



Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Famili: Pongidae
Genus: Pongo
Spesies: P. pygmaeus


Seri Saujana

Mengenai Orang Utan

Disalin daripada Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


* Orang Utan *


Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat.

Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.

Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.

Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan hutan tropika.


Seri Saujana

Kenapa buat blog ni?

Kata ketua..siapa lagi kalau bukan Saudara Syafiq;


"Selepas melihat iklan mengenai 'New Hope For Orang Utan School Programme' di siaran TV9, terdetik di hati saya untuk menyertainya! Peluang dah ada di depan mata, jadi dengan girangnya saya mengajak teman rapat saya, Helmy untuk mencari maklumat tentang program ini dengan lebih lanjut. Rujukan utama kami mengenai program ini ialah di New Hope For Orang Utan.

Program ini lebih diutamakan pada Pertandingan Mencipta Blog. Selepas membaca terma dan syarat-syarat yang dikemukakan, dua orang teman lagi perlu saya uar-uarkan tentangnya. Fikhri dan Syazwani memang calon yang paling layak sebab mereka sudah tentu sudi untuk bekerjasama dengan saya. Jangkaan saya ternyata benar apabila mereka menerima tawaran saya dengan hati yang terbuka.. Maka, tertubuhlah Krew Seri Saujana.

Kami menyertai pertandingan ini bukan sahaja untuk menang, tetapi bertujuan menyemai kesedaran mengenai isu kepupusan orang utan yang semakin serius. Jadi sebagai insan yang bergelar pelajar, kami berasa bertanggungjawab untuk membina laman blog mengenai orang utan ini. Segala-galanya akan kami cerita tentang orang utan dan sebagainya..tunggu sahaja kemas kini yang akan kami lakukan dalam blog Seri Saujana ini.

Blog yang kami bangunkan ini akan kami jadikan sebagai satu medium penyampaian bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara malah di seluruh dunia tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan semula populasi orang utan. Saya dan rakan-rakan Seri Saujana berharap dengan wujudnya laman blog ini akan dapat membantu mengatasi masalah kepupusan orang utan di dunia yang indah ini."

Seri Saujana.

Rabu, 12 Ogos 2009

Krew Seri Saujana

Tentang Kami


Ketua
Nama: Muhamad Syafiq bin Nordin.
Tingkatan: 5 Cekap.
Sekolah: SMK Seri Medan, Batu Pahat.
Peranan: Perancangan dan Promosi.




Penolong Ketua 1

Nama: Mohd Fikhri bin Mohd Jalil.
Tingkatan: 5 Cekap.
Sekolah: SMK Seri Medan, Batu Pahat.
Peranan: Perancangan dan Promosi




Penolong Ketua 2
Nama: Amira Syazwani binti Hamdan
Tingkatan: 5 Cekap
Sekolah: SMK Seri Medan, Batu Pahat.
Peranan: Dokumentasi dan Penerbitan.



Penolong Ketua 3
Nama: Muhamad Helmy Syafiq bin Shadan.
Tingkatan: 5 Cekap.
Sekolah: SMK Seri Medan, Batu Pahat.
Peranan: Dokumentasi dan Penerbitan.







glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS