Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Ahad, 16 Ogos 2009

Kemas kini blog,..Kawal aktiviti

"Petang ni macam biasa tau.."
"Ok,."
"..aku no hal bro."
"Nanti contact Afiqah eh, ada sikit bahan kita pada dia."
"Yup..jangan lewat pulak!"

Itulah kami, setiap kali ada masa saja mesti janji nak berkumpul. Biasanya di perpustakaan agama atau dewan terbuka sekolah kami dan pada waktu petang sebab masa ni sudah habis waktu sekolah, dan senang nak buat banyak perkara..kira bebas la sedikit. Mencari maklumat dari internet, kawal aktiviti kami yang sedang dalam perlaksanaan dan macam-macam lagi lah. Kalau tak cukup tangan, kami panggil sahaja rakan-rakan yang tinggal berdekatan dengan sekolah, mereka akan bantu punya..Spoting!

Pada Khamis 13 Ogos 2009, kami luangkan sedikit masa untuk melihat keadaan partisyen yang telah ditandatangani oleh rakan-rakan dan guru-guru SMK Seri Medan. Apabila melihat kain rentang itu, wujud rasa kepuasan dalam diri kami..setiap usaha kami ini bukanlah suatu yang sia-sia kerana ianya membawa manfaat kepada semua. Kami berasa bertanggungjawab untuk selamatkan orang utan! Jadi, teruskan menyokong kami..

* Krew memastikan partisyen dalam keadaan terkawal... *

Perkara yang paling penting ialah mengemas kini laman blog ini. Lebih-lebih lagi kami semakin kesuntukan masa sebelum tibanya tarikh akhir menghantar segala laporan dalam blog ini. Macam-macam idea nak buat,." Jangan lupa letak ruangan komen yang umum, biar semua orang boleh komen." "Ingatkan aku eh, takut terlupa la." Syafiq dan Syazwani masing-masing mula memberi cadangan. Segalanya berdasarkan pengalaman kami. Kalau tidak, masakan boleh bangun blog ini..tak cukup dengan itu, pendapat dan pertolongan daripada pihak-pihak lain juga banyak membantu kami terutamanya mak cik kepada salah seorang ahli krew kami ini.hehehe..terima kasih banyak-banyak kepada Mak Cik Bulan ye!..


* Kerjasama ketua dan anak buah..kalau tak sekepala takkan berjaya sampai sekarang :) *

Dengan niat yang baik, kami berharap segalanya berjalan dengan lancar tanpa apa-apa gangguan. Pada waktu sekarang, kami sangat-sangat memerlukan sokongan daripada semua..


Seri Saujana.

1 Komen:

fadhilbp 20/8/09 11:17 PG  

semoga usaha anda semua mendapat perhatian dariapa pihak yang bertanggungjawab. semoga berjaya

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS