Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Khamis, 20 Ogos 2009

Program Cuma 5 Minit Kenali Orang Utan.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.


Perjuangan kami untuk memupuk kesedaran mengenai isu kepupusan orang utan tidak akan berhenti selagi masih ada yang menyokong usaha-usaha mulia kami. Aktiviti kami yang selanjutnya ialah Program Cuma 5 Minit Kenali Orang Utan. Pelaksanaan program ini adalah pada pagi Khamis, 20 Ogos 2009.

Melalui program yang telah dikendalikan oleh Syafiq ini, acara pertama ialah membacakan artikel tentang orang utan di tapak perhimpunan sekolah. Sasaran utama kami adalah semua pelajar dan guru yang berada di tapak perhimpunan pada masa itu.


* Syafiq memulakan agendanya..*

Antara maklumat yang disampaikan oleh Syafiq ialah mengenai ciri-ciri fizikal orang utan, habitat mereka, punca-punca kepupusan mereka serta langkah-langkah mengatasi kepupusan orang utan. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk meluaskan pengetahuan sedia ada semua pelajar tentang orang utan. Oleh itu, mereka akan lebih peka seterusnya menyedari bahawa orang utan mesti diselamatkan sebelum mereka pupus kelak.


* Penyokong-penyokong kami!.. *

* Tumpuan diberikan sepenuhnya semasa artikel dibacakan *

Acara yang seterusnya ialah mengadakan kuiz soal jawab kepada para pendengar. Seluruh warga SMK Seri Medan diberi peluang mencuba nasib untuk menjawab soalan yang kami berikan. Siapa cepat, dia dapat. Tujuannya ialah untuk menguji kepekaan para pelajar mengenai isu kepupusan orang utan.


* Antara pelajar lelaki yang mencuba nasib *

Beberapa soalan telah diberikan dan kepada mereka yang berjaya menjawab dengan betul menerima cenderamata istimewa daripada Krew Seri Saujana sebagai tanda penghargaan kami kepada kerjasama mereka.


* Para pelajar perempuan yang menjawab soalan dan diberikan cenderamata! *

Tampaknya, program kami kali ini benar-benar mendapat sokongan padu lagi erat daripada semua warga SMK Seri Medan. Lebih ramai pelajar telah menurunkan tanda tangan mereka pada partisyen 'Harapan Baru untuk Orang Utan'.Hal ini bermakna, objektif utama kami telah tercapai. Semakin ramai pelajar mulai sedar dan memprotes aktiviti-aktiviti yang telah menyebabkan pupusnya orang utan. Terima kasih semua! Krew Seri Saujana memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas apa yang telah kami perolehi sehingga ke saat ini. Alhamdulillah Sukrulillah.

Sehubungan dengan itu, kami sentiasa berharap dan terus berharap agar usaha-usaha murni kami ini akan terus disokong oleh semua pihak, demi menyelamatkan spesies orang utan daripada pupus!

* Kami tersenyum puas selepas program selesai..*

Seri Saujana.

3 Komen:

Unknown 21/8/09 10:58 PG  

Aktivi yang dijalankan di sekoloah menengah seri Medan wajar diteruskan.

Seri Saujana 21/8/09 3:27 PTG  

Terima kasih untuk sokongan saudara ajis. Kami akan lakukan yang terbaik! Dengan izin Allah..

Azman Bin Sulaiman 25/8/09 6:20 PTG  

Just keep up the good work guys!!!

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS