Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Ahad, 16 Ogos 2009

Pendapat Rakan dan Guru


Pada pagi Selasa 11 Ogos 2009, satu majlis perasmian program telah kami adakan sebagai langkah menyampaikan mesej kesedaran tentang isu kepupusan orang utan yang semakin menjadi dalam kalangan para pelajar dan guru. Kami sangat berbangga kerana segala persiapan kami telah membuahkan hasilnya lebih daripada jangkaan asal kami.


* Apa pendapat mereka?? *

Krew seri Saujana sempat melakukan sumbang saran daripada para penonton pada pagi itu dan maklum balas yang diberikan begitu memberangsangkan. Saudara pembentang kita, selaku ketua projek kami iaitu Syafiq telah menanyakan pendapat wakil pelajar dan guru yang hadir dalam majlis itu. Wakil pelajar iaitu Saudari Jamilah, tingkatan 4 Cekap sudi memberikan pendapatnya, begitu juga wakil guru iaitu Pn Hanim bte Tokeran. Pn Hanim telah meluahkan pendapat dan cadangan beliau tentang program Krew Seri Saujana ini dan menceritakan pengalaman manis beliau menyaksikan aksi orang utan di salah sebuah zoo terkenal di Malaysia. Pengalaman sendiri beliau ini telah menarik perhatian para penonton untuk lebih menyokong program kami ini, insya Allah..






Kami berharap semua pihak akan terus berganding bahu bersama-sama kami dalam menjayakan kempen kesedaran tentang masalah kepupusan orang utan yang semakin hangat diuar-uarkan ini di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi lagi. Kami telah dingatkan, perbuatan baik yang dilakukan akan mendapat manfaatnya. Bangkitlah semua, wahai manusia!



Seri Saujana.

0 Komen:

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS