Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Rabu, 26 Ogos 2009

Pemuliharaan Orang Utan Di Sabah


Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.

0rang utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatra. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan pada paras 2.400 M (dari Gunung Kinabalu). Jantan dewasa (15 tahun ke atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50 – 100 kg. Betina mempunyai berat di antara 34 – 40 kg. 0rang utan membuat sarang di atas pokok daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur pada waktu malam. Biasanya orang utan membina sarang baru setiap hari di mana mereka berehat pada waktu siang. Mereka merupakan binatang yang suka bersendirian dan memakan buah-buahan, daun-daun, kulit kayu, pucuk dan sarang burung. Kadang-kadang mereka juga memakan serangga dan anai-anai.

0rang utan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau lebih. Seekor Orangutan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3 – 4 kali dengan purata seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan.
Anak orang utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang mengambil 5 – 7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 – 10 tahun sebelum mencapai kematangan seksual.

0rang utan merupakan spesis binatang yang semakin pupus. Di negeri Sabah, pemusnahan habitat secara berleluasa merupakan punca utama kepupusan binatang ini. Untuk terus hidup, orang utan bergantung kepada hutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman. Ini menyebabkan orang utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksa pindah ke kawasan pergunungan dimana makanan tidak mencukupi.

Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di Sabah. Pada masa ini Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengambil langkah-langkah untuk memindahkan orang utan dari khemah balak dan estet ke kawasan perlindungan di seluruh negeri.

Seri Saujana.

Kemas Kini..Sokongan

Salam Sejahtera.

Tugas mengemas kini laman blog Seri Saujana kerap kali dilakukan..Syafiq, Syazwani, Helmy dan Fikhri berkumpul, berbincang dan merancang rekaan laman blog terbaik kami. Terima kasih Cikgu Muniza sebab beri sokongan..


* Kemas kini!!! *
* Lokasi : Dewan Terbuka SMK Seri Medan*



* Lokasi : Bilik Kaunseling SMKSM *


* Gadget utama kami..Compaq Presario CQ40 !!!
Ini Syafiq punya..hehehe*


* Tak lupa...Panasonic Lumix DMC FX180 !!
Milik Syazwani.. *



* berhimpunnya Krew Seri Saujana.. *



Terima Kasih banyak kepada para penyokong Krew Seri Saujana yang tak pernah putus memberi kata-kata semangat...Setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua!! ..


* Pelajar 5 Cekap 2009 !! *


* Teruskan sokong Krew Seri Saujana ...!!! Baca jangan tak baca..*


* Menyelam sambil minum air, sokong dan kemas kini!!! *


Seri Saujana.

Promote..Promote!!

Salam Sejahtera.




Nampaknya kempen kami tidak akan berhenti setakat ini. Banyak sokongan telah kami terima daripada pelbagai pihak. Alangkah gembiranya kami kerana usaha kami semua benar-benar disokong oleh banyak pihak. Sokongan yang amat padu!!!

Langkah seterusnya adalah mempromosikan laman blog kami dalam pelbagai rangkaian laman sosial. Antaranya ialah Friendster, Facebook, Myspace dan juga salah satu hos blog terbaik iaitu Multiply. Kami juga sempat meninggalkan komen dan pautan di setiap laman blog Blogspot yang kami kunjungi. Berikut adalah beberapa shot skrin yang dapat kami dokumentasikan sebagai bukti kami benar-benar ingin memupuk kesedaran kepada orang ramai...

*Nota: Sila klik imej untuk saiz sebenar *


* Shot skrin laman sosial Friendster melalui akaun Syafiq *


* Ini pula promosi melalui laman sosial Friendster melalui akaun Syazwani *


* promote lagi di laman Facebook melalui akaun Syafiq *


* terus promote di Myspace melalui akaun Syazwani *

Selain itu, Krew Seri Saujana juga telah mengepos bulletin/nota tentang blog kami ini melalui laman sosial Friendster, Facebook dan Multiply...jom tengok shot skrinnya!!!


* bulletin-bulletin di Friendster...*

* Nota di Facebook *


* Kongsi pautan di laman Multiply melalui akaun Syazwani *

Harapan kami agar semua orang melayari laman blog kami dan tanamkan kesedaran tentang isu kepupusan orang utan di dunia ini..Kesedaran kami dan orang-orang di sekeliling kami untuk memastikan kemandirian orang utan tidak akan berhenti...Selamatkan Orang Utan, anda mampu melakukan perubahan!!!


Seri Saujana.

Isnin, 24 Ogos 2009

Sayangi Orang Utan..!!



Sayangilah Orang Utan..

mereka masih memerlukan kita untuk melindungi mereka..!!


Seri Saujana.


Jumaat, 21 Ogos 2009

Fakta Menarik !

Tahukah anda bahawa orang utan mempunyai pendekatan unik untuk menyelesaikan masalah?

- Mereka sangat pintar - mempunyai 97% DNA manusia.


- Orang utan telah dijumpai mendayung sampan dan ianya bukan di zoo!

- Apakah yang digunakan oleh orang utan sebagai payung semasa hujan?

- Orang utan boleh membuat buaian di udara.

- Orang utan menggunakan peralatan untuk membuat sesuatu! Kadang kala mereka menggunakan pisau, sudu, dan garpu.

- Orang utan membuat span! Daripada apa? Dan untuk apa??

Khamis, 20 Ogos 2009

Program Cuma 5 Minit Kenali Orang Utan.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.


Perjuangan kami untuk memupuk kesedaran mengenai isu kepupusan orang utan tidak akan berhenti selagi masih ada yang menyokong usaha-usaha mulia kami. Aktiviti kami yang selanjutnya ialah Program Cuma 5 Minit Kenali Orang Utan. Pelaksanaan program ini adalah pada pagi Khamis, 20 Ogos 2009.

Melalui program yang telah dikendalikan oleh Syafiq ini, acara pertama ialah membacakan artikel tentang orang utan di tapak perhimpunan sekolah. Sasaran utama kami adalah semua pelajar dan guru yang berada di tapak perhimpunan pada masa itu.


* Syafiq memulakan agendanya..*

Antara maklumat yang disampaikan oleh Syafiq ialah mengenai ciri-ciri fizikal orang utan, habitat mereka, punca-punca kepupusan mereka serta langkah-langkah mengatasi kepupusan orang utan. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk meluaskan pengetahuan sedia ada semua pelajar tentang orang utan. Oleh itu, mereka akan lebih peka seterusnya menyedari bahawa orang utan mesti diselamatkan sebelum mereka pupus kelak.


* Penyokong-penyokong kami!.. *

* Tumpuan diberikan sepenuhnya semasa artikel dibacakan *

Acara yang seterusnya ialah mengadakan kuiz soal jawab kepada para pendengar. Seluruh warga SMK Seri Medan diberi peluang mencuba nasib untuk menjawab soalan yang kami berikan. Siapa cepat, dia dapat. Tujuannya ialah untuk menguji kepekaan para pelajar mengenai isu kepupusan orang utan.


* Antara pelajar lelaki yang mencuba nasib *

Beberapa soalan telah diberikan dan kepada mereka yang berjaya menjawab dengan betul menerima cenderamata istimewa daripada Krew Seri Saujana sebagai tanda penghargaan kami kepada kerjasama mereka.


* Para pelajar perempuan yang menjawab soalan dan diberikan cenderamata! *

Tampaknya, program kami kali ini benar-benar mendapat sokongan padu lagi erat daripada semua warga SMK Seri Medan. Lebih ramai pelajar telah menurunkan tanda tangan mereka pada partisyen 'Harapan Baru untuk Orang Utan'.Hal ini bermakna, objektif utama kami telah tercapai. Semakin ramai pelajar mulai sedar dan memprotes aktiviti-aktiviti yang telah menyebabkan pupusnya orang utan. Terima kasih semua! Krew Seri Saujana memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas apa yang telah kami perolehi sehingga ke saat ini. Alhamdulillah Sukrulillah.

Sehubungan dengan itu, kami sentiasa berharap dan terus berharap agar usaha-usaha murni kami ini akan terus disokong oleh semua pihak, demi menyelamatkan spesies orang utan daripada pupus!

* Kami tersenyum puas selepas program selesai..*

Seri Saujana.

Hospital Orang Utan

Hospital "Bayi" Orang Utan Berbulu Merah di Malaysia.


* Arkib Kawasan Peranginan Alam Sekitar Bukit Merah
Anak-anak orang utan yang terabai dijaga ibarat anak sendiri *

Terdapat sebuah hospital khusus untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah di Kawasan Peranginan Alam Sekitar Bukit Merah di Malaysia. Ia merupakan satu-satunya hospital yang menyediakan perkhidmatan untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah yang hampir pupus di seluruh dunia.


Hospital ini ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2004. Sebanyak 23 ekor anak Orang Utan berbulu merah yang ditinggalkan oleh ibunya dijaga di hospital ini. Oleh sebab tidak mendapat susu ibu yang cukup, kesihatan kebanyakan anak Orang Utan ini kurang baik, dan mereka mungkin mati cepat sekiranya tidak diberi penjagaan khas di hospital ini.


Semua Orang Utan berbulu merah ini dimaklumkan akan meninggalkan hospital ini pada umur setahun. Mereka akan dihantar ke sesuatu agensi khas untuk belajar bagaimana hidup dalam suasana alam sekitar yang sebenar. Menurut statistik, hanya tinggal 3,000 ekor Orang Utan berbulu merah di seluruh dunia, ekoran kadar kelahirannya yang rendah dan persekitaran habitatnya yang telah terjejas.


Seri Saujana

Bersedia lagi..

Pagi Khamis, 20 Ogos 2009 Krew Seri Saujana berkumpul lagi...!! Ada satu program gempak yang hendak dilakukan. :) Seperti biasa, Cikgu Muniza akan bersama-sama kami untuk meninjau dan mengawal kelancaran aktiviti yang akan kami lakukan..


* Di makmal persediaan..sempat berbincang dan bersedia fizikal dan mental! *

Nantikan entri kami yang seterusnya!

Seri Saujana.

Nukilan Wakil Pelajar mengenai Orang Utan


Salam Sejahtera.


Krew Seri Saujana telah mendapat respon positif daripada semua pelajar dan guru mengenai kempen yang telah dilakukan. Apa yang telah menyentuh perasaan kami ialah apabila seorang pelajar telah menghantarkan satu esei mengenai isu kepupusan orang utan kepada kami secara sukarela. Pelajar itu ialah Noor Azreen bte Seni daripada kelas 5 Cekap. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana berani tampil kehadapan. Berikut adalah hasil luahan pendapat beliau yang bertajuk, ' Demimu, Orang Utan '.


"Orang utan, orang utan, orang utan. Apakah keistimewaan yang ada pada orang utan sehingga perlunya program pemuliharaan supaya haiwan-haiwan itu terus hilang menongkah arus zaman ini? Mungkin itulah kata-kata yang diucapkan oleh sesetengah masyarakat yang tidak menyokong program-program orang utan. Mungkin disebabkan mereka-mereka inilah, segala program dan kempen-kempen yang dijalankan demi menyelamatkan orang utan oleh pihak kerajaan dan pihak NGO tidak berjaya dan tidak mencapai objektifnya. Bahkan tidak mendapat galakan daripada masyarakat. Mereka ini juga adalah mereka-mereka yang tiada kesedaran dan perasaan simpati dan empati terhadap makhluk yang bernama Orang Utan ini.


Orang utan hanyalah seekor haiwan tetapi orang utan juga merupakan makhluk yang telah dicipta oleh tuhan agar mereka dapat bersama-sama merasai kehidupan di dunia yang fana ini. Mereka juga mempunyai hak di atas muka bumi ini sama seperti manusia. Mereka berhak untuk hidup bebas dan menjalani kehidupan sama seperti manusia di atas muka bumi yang bertuah ini. Jadi, siapalah kita untuk menafikan hak-hak mereka di dunia ini? Kita juga hanya sekadar menumpang di dunia yang Tuhan pinjamkan sementara sahaja ini. Sampai satu ketika, saat dunia berhenti berputar, saat manusia tidak sanggup lagi berharap dan ketika mentari tidak lagi menyinari bumi, segala nikmat-nikmat yang kita terima ini akan ditarik balik sama ada kita suka atau tidak kerana itu adalah kuasa Tuhan.

Tambahan pula, manusia juga sering kali dikaitkan dengan orang utan. Mengapa? Hal ini kerana kewujudan haiwan ini begitu persis dengan manusia sama ada dari segi fizikal atau sifat-sifat mereka. Mungkin ada masyarakat yang marah dan tidak mahu menerima kenyataan ini. Walaubagaimanapun, ini adalah hakikat. Siapalah kita untuk menolak kejadian yang Tuhan cipta ini?

Selain itu, walau apapun pandangan buruk manusia terhadap makhluk yang bernama orang utan ini, kita masih tetap dapat mereka apabila berada di zoo, ramai masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama haiwan ini. Bukankah bukti ini sudap cukup untuk membuktikan bahawa manusia ini mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap haiwan? Namun, mungkin mereka-mereka ini hanya mahu mempamerkan rasa bangga mereka apabila berpeluang bergambar bersama haiwan yang istimewa ini. Diri manusia, hanya Allah yang mengetahui, bak kata orang ' rambut sama hitam, hati lain-lain'.

Kesimpulannya disini, kita tidak berhak menindas orang utan yang semakin diancam kepupusan. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, janganlah kita bersikap tamak keatas dunia ini kerana masih terdapat makhluk-makhluk lain yang Tuhan ciptakan untuk bersama-sama berkongsi kehidupan di dunia ini. Tambahkanlah kesedaran terhadap makhluk yang bernama orang utan ini. Kadang-kala, kita juga perlulah bersikap, 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' Bukan menjurus kepada kejahatan, tetapi demi kebaikan orang utan dan haiwan-haiwan lain yang diancam kepupusan. Berikan sinar harapan baru kepada haiwan-haiwan ini agar mereka tidak pupus di atas muka bumi ini. Selamatkanlah orang utan, sesungguhnya, you can make a difference."


Seri Saujana.

Jom tengok pokok..

Hampir seminggu selepas aktiviti Program Bumi Hijau, kami terus mencari peluang dan masa untuk melakukan aktiviti lain. Sementara itu, kami sempat meninjau perkembangan pokok-pokok durian yang telah kami tanam.

Pada petang 19 Ogos 2009, selepas berkumpul untuk mengemas kini laman blog Seri Saujana, kami semua telah turun padang dan melihat anak pokok durian itu. Nampaknya semakin segar dan tegak menuju ke langit anak pokok kami!. :)



* Siram, jangan tak siram..Demi Kemandirian Orang Utan! *


* Sayang pokok durian,..agi idup agi ngelaban *

* Pilih antara dua, hidup atau mati?? *

Seri Saujana.

Rabu, 19 Ogos 2009

Taburan Orang Utan di Asia Tenggara

Salam Sejahtera.

Pada zaman dahulu kala, orang utan boleh ditemui di rantau Asia Tenggara sehingga ke negeri China. Namun, populasinya semakin berkurangan dan kini orang utan hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak serta Sumatera.

Walaupun orang utan hanya terdapat di Asia Tenggara, organisasi-organisasi tertentu telah mengambil langkah yang wajar bagi memastikan spesies orang utan dapat dilihat oleh seluruh lapisan masyarakat di dunia. Sebagai contoh, Zoo Brookfield dan beberapa zoo lain di Amerika Utara telah bekerjasama dalam satu program pembiakan orang utan. Maklumat lanjut, klik disini.


* Taburan Orang Utan di Asia Tenggara. *


Jangan biarkan mereka terus pupus..

Seri Saujana.

Selamatkanlah Orang Utan..

dpshaer: Orang utan akan pupus menjelang 2012, melainkan orang ramai bertindak sekarang untuk menghentikan pemusnahan hutan hujan tropika di Borneo. Video ini menekankan keadaan buruk orang utan di seluruh dunia dan desakan-desakan orang ramai bagi mendidik diri mereka.. Marilah sama-sama kita menghayati video ini dan menyemai kesedaran dalam diri kita..










Seri Saujana.

Selasa, 18 Ogos 2009

Pembunuhan primat meluas di Sarawak

oleh: STEPHEN THEN

Miri: Orang-orang asli dan beberapa penghuni bandar telah membunuh primat, membunuh si ibu dan anak malah mereka berkata bahawa daging primat itu sebagai daging eksotik yang dikatakan "sangat lazat”.

Amalan-amalan ini terus meluas walaupun aduan telah dibuat berulang-ulang kali kepada Jabatan Hidupan Liar Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri.

Di utara Sarawak, pembunuhan primat telah menjadi satu amalan“kebiasaan” dalam rumah-rumah panjang luar bandar.

Seorang wartawan dari Pejabat Sin Chew Daily’s Miri, Vincent Lo Kiun Shin, baru-baru ini menyaksikan kedahsyatan seekor ibu siamang dan bayinya disembelih untuk dimakan.

Katanya binatang-binatang itu telah ditembak dengan senapang-senapang dan sumpitan kemudian disembelih.

* Disembelih: Tangan seekor siamang yang telah dikerat dijumpai
dalam sebuah rumah panjang di Ulu Baram, utara Sarawak.
*

“Binatang-binatang ini sudah pun di dalam bahaya kepupusan. Pembalak-pembalak membunuh mereka dan mengejar mereka di hutan.

“Kini, mereka sentiasa diburu dan dibunuh oleh kaum asli. Melainkan pembunuhan ini dihentikan, atau tidak lama lagi tiada lagi primat akan kekal di hutan-hutan itu,” dia berkata semalam.



**Maklumat diterima daripada Pn Muniza bte Mahbob, kemudian diterjemah..
untuk berita asal, sila ke
sini.

Seri Saujana.

Iklan sekejap..

Salam Sejahtera.

Krew Seri Saujana meneruskan langkahnya dalam usaha menguar-uarkan kempen kesedaran selamatkan orang utan.

Berikut merupakan salinan iklan yang telah kami paparkan di sekitar kawasan sekolah dan kawasan pekan Sri Medan. Semoga dengan usaha ini dapat menarik lebih ramai orang untuk menyokong usaha murni kami.


* klik gambar untuk saiz sebenar *




Seri Saujana.

Kempen Lanjutan.

"Kita teruskan kempen kita ek, lanjutkan sampai hari terakhir sebelum cuti semester bermula. Lagipun masih ada masa lagi, setuju?"
"..Boleh sangat, asalkan ramai yang sokong kita. Sekarang pun peluang kita masih besar nak teruskan kempen ni..ok setuju. Nak terus edarkan risalah ke?"
"A'ah, peruntukan masih lagi berbaki. Kita minta tolong pelajar lain dalam kelas kita tu edarkan."
"Bagus lah tu. Boleh mula secepat yang mungkin..Cikgu pun ada pesan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.."

Tanpa membuang masa, pada pagi Isnin, 17 Ogos 2009 Krew Seri Saujana meneruskan usaha berkempen.. Nasib baiklah ada beberapa orang rakan kami yang sudi membantu. Terima kasih kepada Hidayu dan Asyikin..Semoga jasa baik anda akan dibalas suatu hari nanti.

* Edaran risalah kepada guru-guru lelaki SMK Seri Medan *

Risalah yang sama terus diedarkan kepada semua guru dan pelajar dalam kawasan sekolah kami. Alangkah seronoknya apabila mereka terus memberi kata-kata semangat dan menyokong kami dari hadapan dan belakang..Gembira tidak terhingga, maka kami memutuskan untuk melanjutkan kempen ini sehingga 21 Ogos 2009.


* Senyuman-senyuman manis dilemparkan oleh guru-guru perempuan
sebaik sahaja mereka menerima risalah daripada kami.. *

Bukan itu sahaja, kami juga mengedarkan risalah ke semua kelas dalam sekolah kami. Setiap ketua kelas diminta menampalkan maklumat daripada kami itu di papan kenyataan kelas masing-masing. Semoga semua pelajar mulai sedar akan kepentingan mengekalkan habitat orang utan dalam dan luar negara ini.


* Ketua kelas yang menyokong usaha-usaha kami, terima kasih semua!! *

Intihanya, kami berharap sokongan semua pihak terhadap kempen pemuliharaan orang utan akan berterusan sampai bila-bila, walaupun tanpa Krew Seri Saujana. Demi kelestarian spesies orang utan!


Seri Saujana.

Fikir apa?

* Apa yang aku tengah fikir sekarang? Pisang? Pokok? Hutan? atau Apa....??!! *

Apa pendapat anda?

Seri Saujana.


Program Bumi Hijau.

Salam Sejahtera.
Seperti yang ingin kami maklumkan kepada semua pembaca, kami telah melaksanakan satu lagi program khas sebagai tanda sokongan kami terhadap usaha-usaha pemuliharaan orang utan di negara ini khususnya. Program itu telah diadakan pada Jumaat, 14 Ogos 2009.

Program tersebut telah diberi nama 'Program Bumi Hijau' atas cadangan sebulat suara oleh Krew Seri Saujana. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai tanda protes kami dan para pelajar SMK Seri Medan terhadap isu pembalakan haram yang semakin berleluasa di negara Malaysia dan negara-negara yang lain.

Semasa program ini dijalankan, kami telah menanam pokok-pokok berdaun hijau seperti pokok yang biasa terdapat di hutan dan pokok buah-buahan. Pokok-pokok hutan merupakan simbol habitat semulajadi bagi orang utan. Manakala pokok buah-buahan merupakan simbol makanan utama spesies orang utan.

* aktiviti Program Bumi Hijau oleh Krew Seri Saujana
dan wakil-wakil pelajar SMK Seri Medan. *

Walaupun kami pelajar yang menetap di Semenanjung Malaysia dan tinggal di kawasan agak pedalaman malah tidak pernah melihat dan mendekati orang utan secara langsung, inilah cara yang dapat kami lakukan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang usaha pemuliharaan orang utan daripada mengalami kepupusan.

Seperti yang sedia maklum, orang utan amat gemar buah-buahan tempatan terutamanya buah durian, rambutan, pisang, manggis dan sebagainya. Jadi, kami memilih untuk menanam pokok durian kerana durian merupakan menu yang paling disukai olah orang utan. Jangan tak tahu, ini adalah Fakta belaka!


* Semasa dan Selepas menanam pokok kami iaitu pokok durian.. *


* Kerjasama! Untukmu orang utan.. *


Oleh itu, marilah bersama-sama kita memulihara habitat orang utan. Tanamlah apa sahaja tumbuhan terutamanya yang berdaun hijau di tempat anda sebagai tanda anda prihatin terhadap isu kepupusan orang utan. Secara tidak langsung, kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar kita yang semakin hilang dan semakin lenyap..Kami sebagai pelajar mampu melakukan aktiviti ini dengan jayanya, mengapa tidak anda semua? Percayalah bahawa kita mampu membuat perubahan!

Cintailah alam sekitar, sayangilah orang utan.. :)


Seri Saujana.

Muat Turun Bahan Pembentangan (.pps)

Perhatian!!!!

Kepada semua pembaca blog Seri Saujana yang dihormati, sekiranya anda berminat untuk memuat turun bahan pembentangan dalam aktiviti kempen kami dalam format .pps , sila klik pautan yang kami berikan. Semoga anda akan lebih menyedari akan masalah kepupusan orang utan dan cara-cara pemuliharaannya.

Sebarkanlah kepada keluarga dan kenalan-kenalan anda demi kepentingan orang utan yang masih layak berada di muka bumi ini.


Terima Kasih

Seri Saujana.

Sabah bakal ‘kehilangan’ Orang Utan

Alam Sekitar: Sabah bakal ‘kehilangan’ Orang Utan

Berita Harian, 26 Jan 2004





ORANG Utan Borneo adalah haiwan terkenal di Sabah dan paling mendapat perhatian, bukan saja kerana keunikannya malah kerana ia diancam kepupusan. Hari ini populasi haiwan itu di Negeri Di Bawah Bayu dianggarkan mencecah 13,000, sekali gus menjadi satu-satunya lokasi yang menempatkan Orang Utan tertinggi di dunia.

Wartawan AMIRULLAH ANDI NUR meninjau perkembangan, masalah serta masa depan Orang Utan yang turut menjadi tarikan pelancongan utama ke Sabah.

Sebab utama keadaan ini berlaku kerana faktor pemburuan di samping kehilangan habitat akibat pembalakan dan faktor ekologi seperti perubahan iklim.

Sekitar 1900, ahli sains menganggarkan 315,000 Orang Utan hidup di Borneo dan Sumatera. Bagaimanapun, pada alaf baru ini, antara 30,000 hingga 40,000 saja masih hidup, menyaksikan pengurangan yang besar.

MacKinnon berkata, eksport balak Sabah ke luar negara sepanjang tempoh itu menyamai hampir 50 peratus eksport keseluruhan balak Indonesia, menyebabkan bukan saja hutan berkurangan malah populasi Orang Utan juga terancam.

Satu kajian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati antara 5,000 hingga 10,000 Orang Utan masih hidup di Sabah dan kebanyakannya di hutan kelas dua dan hutan tebing sungai.

Kajian itu juga mendapati kawasan Segama, Kinabatangan dan Tabin adalah habitat paling tinggi bagi pelbagai haiwan termasuk Orang Utan. Malah, tujuh lokasi di Borneo dikatakan terus wujud sebagai lokasi pembiakan Orang Utan menjelang 2020 dengan kawasan terbesar di Segama, Lahad Datu.

Pada masa ini, Yayasan Sabah memiliki hampir separuh daripada FMU berkenaan atau kira-kira 48 peratus atau 6,300 individu populasi haiwan berkenaan di Sabah.



“Pengurangan hutan turut menyumbang kepada masalah ini kerana ketiadaan perancangan rapi terhadap penggunaan tanah bagi tujuan berkaitan seperti pertanian,” katanya.

Konflik antara manusia dan Orang Utan juga antara faktor penyumbang kepupusan haiwan berkenaan. Paling ketara, membabitkan pengusaha ladang kelapa sawit, yang sering ‘bertikai’ dengan haiwan ini.

Orang Utan yang tinggal berhampiran ladang kadang-kadang memakan tanaman, khususnya pucuk muda sehingga musnah. Haiwan ini dikatakan mampu memusnahkan sehingga 50 pokok sekali ‘serangan’. Mereka juga bijak mengelak pemantauan manusia, termasuk pemasangan pagar elektrik.

Ini menyebabkan petani menembak mati haiwan ini. Malah, ada yang mengupah pihak tertentu untuk menembak haiwan itu dengan bayaran RM200 seekor.

Selain itu, kata Ambu, kebakaran hutan, memburu dan pemeliharaan haram haiwan ini (sebagai haiwan peliharaan) turut menyebabkan kepupusan Orang Utan dari hutan Sabah. Penduduk di Tongod dan Karamuak dilapor membunuh Orang Utan bagi mendapatkan hati haiwan itu untuk tujuan perubatan.

Kepupusan khazanah berharga ini seharusnya diberi perhatian pelbagai pihak. Kejadian pembunuhan beberapa Orang Utan di pusat peranginan Shangri-La's Rasa Ria Resort, Tuaran, tahun lalu, seharusnya membuka mata semua pihak kerana ia berlaku ketika di bawah jagaan.


Seri Saujana.

Isnin, 17 Ogos 2009

Persediaan Seterusnya..


Kami berbincang dan terus berbincang untuk melaksanakan program-program kami. Tak kisah pagi atau petang, masa yang ada kami gunakan sebaik mungkin. Masa itu emas. Masa itu juga ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya. pedang itu akan memotong diri kita.. Jadi, pada suatu pagi yang indah iaitu pada pagi Jumaat, 14 Ogos 2009 kami sempat berkumpul untuk bersedia menjalankan program seterusnya..



* Berbincang dan bersedia di salah satu teratak dalam sekolah *


* Borak lagi.. sedia untuk program seterusnya.. *



* dalam perjalanan...*


Agaknya apa ye program kami yang seterusnya?? Nak tau? Tunggu...... :)


Seri Saujana.

Risalah

* Galeri maklumat di papan kenyataan utama *

Salam sejahtera kepada para pembaca laman blog ini. Seperti yang kami janjikan, kami akan post kan salinan risalah yang kami edarkan kepada orang ramai di kawasan kami. Anda bolehlah memuat turun risalah tersebut:

* Klik gambar untuk saiz sebenar *


Seri Saujana.

Ahad, 16 Ogos 2009

Hari Pemuliharaan Flora dan Fauna - Orang Utan


0leh: Anniliza Binti Mohd Isa
Selasa, 28 April 2009

Orang Utan adalah haiwan yang semakin terancam disebabkan kerakusan manusia yang mengejar kemajuan tanpa memikirkan kepentingan alam sekitar flora dan fauna untuk generasi muda akan datang. Orang Utan adalah spesis haiwan yang hidup di hutan dan memakan tumbuh-tumbuhan seperti buah pokok ara, daun-daun, kulit kayu, buah-buahan dan pucuk kayu. Orang Utan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan semakin terancam disebabkan habitat mereka telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia seperti pembukaan ladang-ladang kelapa sawit, pembalakan haram, pemburuan haram dan perdagangan binatang kesayangan.

Kerajaan telah mengambil langkah inisiatif untuk mengatasi masalah kepupusan Orang Utan di Malaysia. Di mana terdapat sebuah hospital telah ditubuhkan pada Mac 2004 di kawasan Peranginan Alam Sekitar Bukit Merah di Malaysia yang menjaga anak bayi Orang Utan berbulu merah sehingga mencapai umur setahun. Kemudian mereka akan dihantar ke pusat pemuliharaan Orang Utan contohnya seperti Pusat Pemuliharaan Orang Sepilok, Sandakan, Sabah.

Justeru itu, atas kesedaran dan keprihatinan sebagai warga muka bumi ini, maka "Hari Pemuliharaan Flora Dan Fauna- Orang Utan" telah dirancangkan sebagai salah satu sokongan kepada kempen menyelamatkan hutan sekaligus flora dan fauna didalamnya. Projek ini dimulakan diperingkat seawal sekolah rendah bagi mendedahkan generasi muda kepada tanggungjawab dan peranan mereka. Jika pihak-pihak luar sanggup datang ke negara ini untuk membantu sebagai sukarelawan dan menderma serta melakukan berbagai usaha untuk menyelamatkan hutan kita, mengapakah kita sebagai masyarakat pribumi tidak mahu terlibat sama untuk mencurahkan tenaga dan bakti kepada tanahair sendiri? Apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia?

"Hari Pemuliharaan Flora & Fauna" adalah perancangan awal untuk menjadikan ia sebagai aktiviti tahunan yang boleh dijalankan di setiap sekolah samada di bandar dan luar bandar. Sebagai permulaanya, skop ini di kecilkan kepada Pemuliharaan Orang Utan Sahaja dan siapa tahu, jika ia mendapat sokongan maka tahun-tahun seterusnya kita boleh menjalankan penekanan terhadap jenis flora dan fauna lain yang sedang mengalami ancaman kepupusan.


Seri Saujana.

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS