Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Selasa, 18 Ogos 2009

Sabah bakal ‘kehilangan’ Orang Utan

Alam Sekitar: Sabah bakal ‘kehilangan’ Orang Utan

Berita Harian, 26 Jan 2004





ORANG Utan Borneo adalah haiwan terkenal di Sabah dan paling mendapat perhatian, bukan saja kerana keunikannya malah kerana ia diancam kepupusan. Hari ini populasi haiwan itu di Negeri Di Bawah Bayu dianggarkan mencecah 13,000, sekali gus menjadi satu-satunya lokasi yang menempatkan Orang Utan tertinggi di dunia.

Wartawan AMIRULLAH ANDI NUR meninjau perkembangan, masalah serta masa depan Orang Utan yang turut menjadi tarikan pelancongan utama ke Sabah.

Sebab utama keadaan ini berlaku kerana faktor pemburuan di samping kehilangan habitat akibat pembalakan dan faktor ekologi seperti perubahan iklim.

Sekitar 1900, ahli sains menganggarkan 315,000 Orang Utan hidup di Borneo dan Sumatera. Bagaimanapun, pada alaf baru ini, antara 30,000 hingga 40,000 saja masih hidup, menyaksikan pengurangan yang besar.

MacKinnon berkata, eksport balak Sabah ke luar negara sepanjang tempoh itu menyamai hampir 50 peratus eksport keseluruhan balak Indonesia, menyebabkan bukan saja hutan berkurangan malah populasi Orang Utan juga terancam.

Satu kajian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati antara 5,000 hingga 10,000 Orang Utan masih hidup di Sabah dan kebanyakannya di hutan kelas dua dan hutan tebing sungai.

Kajian itu juga mendapati kawasan Segama, Kinabatangan dan Tabin adalah habitat paling tinggi bagi pelbagai haiwan termasuk Orang Utan. Malah, tujuh lokasi di Borneo dikatakan terus wujud sebagai lokasi pembiakan Orang Utan menjelang 2020 dengan kawasan terbesar di Segama, Lahad Datu.

Pada masa ini, Yayasan Sabah memiliki hampir separuh daripada FMU berkenaan atau kira-kira 48 peratus atau 6,300 individu populasi haiwan berkenaan di Sabah.



“Pengurangan hutan turut menyumbang kepada masalah ini kerana ketiadaan perancangan rapi terhadap penggunaan tanah bagi tujuan berkaitan seperti pertanian,” katanya.

Konflik antara manusia dan Orang Utan juga antara faktor penyumbang kepupusan haiwan berkenaan. Paling ketara, membabitkan pengusaha ladang kelapa sawit, yang sering ‘bertikai’ dengan haiwan ini.

Orang Utan yang tinggal berhampiran ladang kadang-kadang memakan tanaman, khususnya pucuk muda sehingga musnah. Haiwan ini dikatakan mampu memusnahkan sehingga 50 pokok sekali ‘serangan’. Mereka juga bijak mengelak pemantauan manusia, termasuk pemasangan pagar elektrik.

Ini menyebabkan petani menembak mati haiwan ini. Malah, ada yang mengupah pihak tertentu untuk menembak haiwan itu dengan bayaran RM200 seekor.

Selain itu, kata Ambu, kebakaran hutan, memburu dan pemeliharaan haram haiwan ini (sebagai haiwan peliharaan) turut menyebabkan kepupusan Orang Utan dari hutan Sabah. Penduduk di Tongod dan Karamuak dilapor membunuh Orang Utan bagi mendapatkan hati haiwan itu untuk tujuan perubatan.

Kepupusan khazanah berharga ini seharusnya diberi perhatian pelbagai pihak. Kejadian pembunuhan beberapa Orang Utan di pusat peranginan Shangri-La's Rasa Ria Resort, Tuaran, tahun lalu, seharusnya membuka mata semua pihak kerana ia berlaku ketika di bawah jagaan.


Seri Saujana.

0 Komen:

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS