Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Khamis, 20 Ogos 2009

Nukilan Wakil Pelajar mengenai Orang Utan


Salam Sejahtera.


Krew Seri Saujana telah mendapat respon positif daripada semua pelajar dan guru mengenai kempen yang telah dilakukan. Apa yang telah menyentuh perasaan kami ialah apabila seorang pelajar telah menghantarkan satu esei mengenai isu kepupusan orang utan kepada kami secara sukarela. Pelajar itu ialah Noor Azreen bte Seni daripada kelas 5 Cekap. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana berani tampil kehadapan. Berikut adalah hasil luahan pendapat beliau yang bertajuk, ' Demimu, Orang Utan '.


"Orang utan, orang utan, orang utan. Apakah keistimewaan yang ada pada orang utan sehingga perlunya program pemuliharaan supaya haiwan-haiwan itu terus hilang menongkah arus zaman ini? Mungkin itulah kata-kata yang diucapkan oleh sesetengah masyarakat yang tidak menyokong program-program orang utan. Mungkin disebabkan mereka-mereka inilah, segala program dan kempen-kempen yang dijalankan demi menyelamatkan orang utan oleh pihak kerajaan dan pihak NGO tidak berjaya dan tidak mencapai objektifnya. Bahkan tidak mendapat galakan daripada masyarakat. Mereka ini juga adalah mereka-mereka yang tiada kesedaran dan perasaan simpati dan empati terhadap makhluk yang bernama Orang Utan ini.


Orang utan hanyalah seekor haiwan tetapi orang utan juga merupakan makhluk yang telah dicipta oleh tuhan agar mereka dapat bersama-sama merasai kehidupan di dunia yang fana ini. Mereka juga mempunyai hak di atas muka bumi ini sama seperti manusia. Mereka berhak untuk hidup bebas dan menjalani kehidupan sama seperti manusia di atas muka bumi yang bertuah ini. Jadi, siapalah kita untuk menafikan hak-hak mereka di dunia ini? Kita juga hanya sekadar menumpang di dunia yang Tuhan pinjamkan sementara sahaja ini. Sampai satu ketika, saat dunia berhenti berputar, saat manusia tidak sanggup lagi berharap dan ketika mentari tidak lagi menyinari bumi, segala nikmat-nikmat yang kita terima ini akan ditarik balik sama ada kita suka atau tidak kerana itu adalah kuasa Tuhan.

Tambahan pula, manusia juga sering kali dikaitkan dengan orang utan. Mengapa? Hal ini kerana kewujudan haiwan ini begitu persis dengan manusia sama ada dari segi fizikal atau sifat-sifat mereka. Mungkin ada masyarakat yang marah dan tidak mahu menerima kenyataan ini. Walaubagaimanapun, ini adalah hakikat. Siapalah kita untuk menolak kejadian yang Tuhan cipta ini?

Selain itu, walau apapun pandangan buruk manusia terhadap makhluk yang bernama orang utan ini, kita masih tetap dapat mereka apabila berada di zoo, ramai masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama haiwan ini. Bukankah bukti ini sudap cukup untuk membuktikan bahawa manusia ini mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap haiwan? Namun, mungkin mereka-mereka ini hanya mahu mempamerkan rasa bangga mereka apabila berpeluang bergambar bersama haiwan yang istimewa ini. Diri manusia, hanya Allah yang mengetahui, bak kata orang ' rambut sama hitam, hati lain-lain'.

Kesimpulannya disini, kita tidak berhak menindas orang utan yang semakin diancam kepupusan. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, janganlah kita bersikap tamak keatas dunia ini kerana masih terdapat makhluk-makhluk lain yang Tuhan ciptakan untuk bersama-sama berkongsi kehidupan di dunia ini. Tambahkanlah kesedaran terhadap makhluk yang bernama orang utan ini. Kadang-kala, kita juga perlulah bersikap, 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' Bukan menjurus kepada kejahatan, tetapi demi kebaikan orang utan dan haiwan-haiwan lain yang diancam kepupusan. Berikan sinar harapan baru kepada haiwan-haiwan ini agar mereka tidak pupus di atas muka bumi ini. Selamatkanlah orang utan, sesungguhnya, you can make a difference."


Seri Saujana.

1 Komen:

fadhilbp 21/8/09 11:08 PG  

sesungguhnya oran utan makhluk tuhan juga.

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS