Terjemah Blog Ini / Translate This Blog

 
Seri Saujana

Selasa, 18 Ogos 2009

Program Bumi Hijau.

Salam Sejahtera.
Seperti yang ingin kami maklumkan kepada semua pembaca, kami telah melaksanakan satu lagi program khas sebagai tanda sokongan kami terhadap usaha-usaha pemuliharaan orang utan di negara ini khususnya. Program itu telah diadakan pada Jumaat, 14 Ogos 2009.

Program tersebut telah diberi nama 'Program Bumi Hijau' atas cadangan sebulat suara oleh Krew Seri Saujana. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai tanda protes kami dan para pelajar SMK Seri Medan terhadap isu pembalakan haram yang semakin berleluasa di negara Malaysia dan negara-negara yang lain.

Semasa program ini dijalankan, kami telah menanam pokok-pokok berdaun hijau seperti pokok yang biasa terdapat di hutan dan pokok buah-buahan. Pokok-pokok hutan merupakan simbol habitat semulajadi bagi orang utan. Manakala pokok buah-buahan merupakan simbol makanan utama spesies orang utan.

* aktiviti Program Bumi Hijau oleh Krew Seri Saujana
dan wakil-wakil pelajar SMK Seri Medan. *

Walaupun kami pelajar yang menetap di Semenanjung Malaysia dan tinggal di kawasan agak pedalaman malah tidak pernah melihat dan mendekati orang utan secara langsung, inilah cara yang dapat kami lakukan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang usaha pemuliharaan orang utan daripada mengalami kepupusan.

Seperti yang sedia maklum, orang utan amat gemar buah-buahan tempatan terutamanya buah durian, rambutan, pisang, manggis dan sebagainya. Jadi, kami memilih untuk menanam pokok durian kerana durian merupakan menu yang paling disukai olah orang utan. Jangan tak tahu, ini adalah Fakta belaka!


* Semasa dan Selepas menanam pokok kami iaitu pokok durian.. *


* Kerjasama! Untukmu orang utan.. *


Oleh itu, marilah bersama-sama kita memulihara habitat orang utan. Tanamlah apa sahaja tumbuhan terutamanya yang berdaun hijau di tempat anda sebagai tanda anda prihatin terhadap isu kepupusan orang utan. Secara tidak langsung, kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar kita yang semakin hilang dan semakin lenyap..Kami sebagai pelajar mampu melakukan aktiviti ini dengan jayanya, mengapa tidak anda semua? Percayalah bahawa kita mampu membuat perubahan!

Cintailah alam sekitar, sayangilah orang utan.. :)


Seri Saujana.

0 Komen:

glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
glitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphicsglitter graphics
Photobucket

Kembali ke ATAS