Pembunuhan primat meluas di Sarawak
oleh: STEPHEN THEN
Miri: Orang-orang asli dan beberapa penghuni bandar telah membunuh primat, membunuh si ibu dan anak malah mereka berkata bahawa daging primat itu sebagai daging eksotik yang dikatakan "sangat lazat”.
Amalan-amalan ini terus meluas walaupun aduan telah dibuat berulang-ulang kali kepada Jabatan Hidupan Liar Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri.
Di utara Sarawak, pembunuhan primat telah menjadi satu amalan“kebiasaan” dalam rumah-rumah panjang luar bandar.
Seorang wartawan dari Pejabat Sin Chew Daily’s Miri, Vincent Lo Kiun Shin, baru-baru ini menyaksikan kedahsyatan seekor ibu siamang dan bayinya disembelih untuk dimakan.
Katanya binatang-binatang itu telah ditembak dengan senapang-senapang dan sumpitan kemudian disembelih.
dalam sebuah rumah panjang di Ulu Baram, utara Sarawak. *
“Binatang-binatang ini sudah pun di dalam bahaya kepupusan. Pembalak-pembalak membunuh mereka dan mengejar mereka di hutan.
“Kini, mereka sentiasa diburu dan dibunuh oleh kaum asli. Melainkan pembunuhan ini dihentikan, atau tidak lama lagi tiada lagi primat akan kekal di hutan-hutan itu,” dia berkata semalam.
**Maklumat diterima daripada Pn Muniza bte Mahbob, kemudian diterjemah..untuk berita asal, sila ke sini.
Seri Saujana.
1 Komen:
Tahniah dik, news yang macam ni la patut ditonjolkan untuk menunjukkan bahawa golongan ini kritikal kepupusannya. Kita tak mahu warisan alam hanya dijumpai di zoo sahaja.
Catat Ulasan