Edar dan Sedar
Sejak berjayanya Majlis Pelancaran Program Kesedaran Kepupusan Orang Utan 2009 di SMK Seri Medan, semua ahli Krew Seri Saujana telah bertungkus lumus untuk melaksanakan pelbagai akitiviti yang telah kami rancang. Tidak dapat dibayangkan betapa berkobar-kobarnya semangat kami dan semakin membuak-buak dalam jiwa kami ini sehinggakan kami nekad untuk meluaskan kempen kami sehingga kepada masyarakat di luar sana.
"Target utama kita sekarang ialah orang yang ada kat pekan sekarang ni. Kita edar risalah kita ni bagi mereka sedar. Kalau tak pun, bagi mereka lebih kenal apa orang utan ni sebenarnya."
"..ish, tapi aku tak boleh bayangkan la macam mana reaksi mereka nanti. Mana tau kena hentam ke. Belum ada orang buat macam apa yang kita nak buat ni kat sini..aku risau la."
"Relaks kawan,. kita mesti fikir positif. Aku yakin mereka akan terima dengan baik. Walau apapun kita tak boleh terus berada dalam takuk lama. Perubahan mesti ada dalam minda masyarakat kat sini."
"Kau betul, lagipun kita boleh buat sikit-sikit dulu..kita dah semakin kesuntukan masa ni. Apapun kita mesti teruskan, demi orang utan!"
"Ok, kita buat ni pun nak buka mata penduduk kat sini. Usaha tangga kejayaan. Apa kata tepat jam 6 nanti kita bergerak, set?"
"Set!"
Pelbagai cabaran perlu kami hadapi buat masa sekarang ni. Masalah-masalah yang timbul kami cuba atasi bersama-sama. Lebih-lebih lagi apabila sebahagian krew tidak bersemangat..Penat, lemah, takut dan macam-macam lagi perasaan. Terasa beribu-ribu beban kami tanggung di atas bahu kami.
Kami takut kalau tiada sokongan moral daripada orang sekeliling kami. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa orang utan mesti terus hidup, begitu juga semangat kami. Jadi, kami meneruskan aktiviti pada petang itu bersama-sama. Edar risalah kep
ada orang ramai dan mereka sedar. Apa yang penting, kerjasama!
Krew sempat memberi penerangan kepada target *
* Kami meletakkan risalah di cermin hadapan kereta-kereta yang terdapat di pekan pada waktu itu *
* Terserempak dengan rakan-rakan sambil memberikan risalah *
Apapun, terpulang kepada mereka untuk melakukan tindakan seterusnya selepas ini. Kami berharap mereka akan mulai sedar tentang isu kepupusan orang utan dan kempen kami ini akan terus tersebar sehingga ke setiap pelusuk dan ceruk tempat kami iaitu di Sri Medan. Harapan kami sangat tinggi menggunung, maka, kami akan terus berhempas pulas tanpa mengenal erti penat dan lelah..kekuatan kami datangnya daripada Allah SWT. Insya Allah.
p/s: Salinan risalah kami itu akan kami post dalam entri seterusnya.
Seri Saujana.
0 Komen:
Catat Ulasan